.:: a n a k a y a m ::.





Doa Rabitah

YA ALLAH, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU, Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

YA ALLAH, Perkenankanlah permintaan ini...

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, September 23, 2009
| c o r e t a n |

raya..raya.. dan raya..

Raya raya dan raya.. alhamdulillah untuk raya tahun ni aku dapat sehari cuti untuk dihabiskan bersama keluarga di kampung halaman, Kangar, Perlis. Rasa gembira tak terkata.. lebih˛ lagi ayah yg beria˛ menyuruh aku ambil cuti 2 hari sebelum raya untuk pulang ke kampung.

khamis, 16/10/2009, tepat jam 12 tengah malam kami sekeluarga termasuk abang berkonvoi pulang ke kampung.. alhamdulillah keadaan tidakla sesesak yg dijangka. kebetulan ade beberapa rakan yg susah memulakan perjalanan seawal jam 8 malam. thanks to all friends yg sentiasa memberitahu perkembangan terkini keadaan trafik ke utara pd malam tu.. kami tiba di kangar tepat jam 6pg setelah berhenti sahur di RnR Gurun.

persiapan raya tahun ini agak meriah memandangkan ada 2 keluarga besar yg akan turut sama. Keluarga abang dan cousin aku yg juga baru mendapat baby. so agak happening jugak la tahun ni. cuma aku je yg tak best sebab tahun ni tak dapatla aku bermain mercun KLCC yg 48 das. atas alasan sebab ade baby. wargh!~

raya pertama dan kedua memang tak menang tangan. tetamu datang silih berganti. sehingga kami terpaksa tutup rumah di petang raya pertama dek kerana ketupat, laksa dan segala juadah telah habes dan memberi ruang untuk kami berkunjung balas.

antara kenangan yg aku tak dapat lupakan adalah di saat aku dikejar lembu peliharaan tok njang.. wah!~ menjerit gak la.. abang yang paka baju merah.. aku plak yg kena kejar.. hello.. i'm wearing purple ok.. PURPLE..



p/s: Salam aidilfitri buat sahabat.. mohon maaf andai tersilap tutur kata, terkasar budi bicara..





Posted at 11:28 am by .::anak ayam::.
Comment  

Friday, August 21, 2009
| c o r e t a n |

for the past 4 months I am loosing something that I thought I will not get it back. But Alhamdulillah, praise to ALLAH, in this holy month of ramadhan, I got it back. and I hope this will last forever. I have to keep it safe inside, but how? No assurance that it will stay forever.

hmm..



p/s: Happy Ramadhan. Happy Fasting & Happy Performing Tarawikh. may all of us get the barokah of this holy month. Amiin..

Posted at 11:19 pm by .::anak ayam::.
Comment  

Sunday, August 16, 2009
| c o r e t a n |

bowling n convocation

Untuk kesekian kalinya the office menganjurkan Bowling Tournament for the year 2009. And for this year tournament I have a mixed feeling.. ade yg best and ada yg tak best.. best sebab this year bowling invited all the companies under the group.. yg tak bestnyer.. erm.. ape eh?~

and untuk kesekian kalinya jugak aku telah berjaya mengekalkan tahta 'Best Bowler' untuk kategori wanita.. weeehuuu!~ i'm not a good bowler thou but maybe ni yg dikatakan rezeki.. first 2 games memang point di bawah par.. my score are 79 and 90 jer.. but managed to score on the last game.. and for all 3 games.. strike hanya sekali jer.. sedey..

harini.. convocation ke 13 UNITEN.. suppose to go there with Jijah but she has to go back to Seremban for family matters.. **sigh.. but since i've promised my friends to come, so I went there alone.. A L O N E.. but im still enjoy the convocation.. tengok kawan2 berjubah.. akhirnya.. setelah 5 tahun..

// congratulation for the winner of the tournament..
// congratulation for the new graduates friends; nusrah, una, shiela, jep, epul, boss, aimi, ada, ziera, zura, fakrul, megat.. and those who graduates this year..





Posted at 11:18 pm by .::anak ayam::.
Comment  

Wednesday, August 12, 2009
| c o r e t a n |

"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa."

Found this quote from one of the email forwarded from a friend of mine. Feels like its good to think and elaborate..

First line : Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang

Yup.. that's right.. for some reason the things happened on the past might be hurt during that time but now bila ingat balik, sure best. Contohnye perkara˛ yg berlaku di zaman persekolahan.. like me, theres an incident mase darjah 6.. mase tuh mmg tgh famous game sumpit kacang hijau. memandangkan diriku ini merupakan seorg yg ala˛ boyish mase sekolah. so permainan ni antara game favorite la. until one day kitorg kantoi ngn guru besar, en ishak (stil remember his name). natijahnye, kitorg (6 of us) dihadapkan di perhimpunan pagi. and the best part is i'm the only flower among the bugs.. hiks!~

mase tu mmg la geram bila dipanggil but bila dikenangkan balik. thats one of my sweet memory. byk lg memori mase sekolah.. mase kat asrama.. uni, etc.. mungkin perit utk dilalui pada saat dan ketika itu, but sekarang ianya menjadi kenangan yg best..

Next : Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

I've no comment bout this since xde lg experience berchenta.. but form my experiences as a consultant aka dr love to my friends.. i found out that if he is not meant to be with you, then let it be. mungkin mudah utk dikatakan n payah utk dilakukan but.. why should you care for a person who dont care about u.. and why are u suffering like h**l when that person laughing with his/her new girl/boy.. why should we torture ourself.. just believe that if theres someone are meant for u but u still didnt find it.. insyaALLAH. kalau ada jodoh tak kemana and HE knows whats the best for you. just pray that you will find your love one day.. amiin :)

Last quote : Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.

Rasanya quote ni most likely lebih kurang sama dgn the 1st line. cuma for this quote, it needs us to enjoy every moment spend in our life. irregardless if the situation is good, bad, cloudy or what. as long as you enjoy it u will find it interesting and valuable.

So, thats all about the quote.. apapepun, enjoy your life and dont make a things to be a stopping point for you. tak kisah how big is it and how stress the situation will, just go for it.. experience it.. and do it with your heart.. One day u will find it cool and memorable. akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan bersyukurlah dengan segala apa yg kita ada. dont u ever have that 'regret' in your dictionary.. no regret ok. stand with whatever decision made. face it.

So renung2 kan dan selamat beramal~ **wink



Posted at 11:52 pm by .::anak ayam::.
Comment  

Monday, August 10, 2009
| t a z k i r a h |

Dosa berhutang tidak diampunkan Allah


ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud:
"Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapa berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

1 Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2 Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3 Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4 Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5 Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:
"Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah:
"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :
"Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud:
"Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –


Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.



Posted at 10:05 pm by .::anak ayam::.
Comment  

Next Page